Friday, March 9, 2012

Kalau Yusry Gagal dalam Ikatan Perkahwinan, Aku Gagal dalam Ikatan Pertunangan....

Hi readers,

Kali nie anne nak buat entry pasal kisah cinta, makna cinta dan percaya pada cinta.  Bila anne terbaca kata-kata yusry yang tidak percaya pada cinta sejak kegagalan perkahwinan dia terdahulu, anne juga merasai kegagalan cuma ia ikatan pertunangan.  Ejaan lain, maksud pun lain namun parah luka hampir serupa.  Yang paling special anne berkongsi tarikh lahir yang sama dengan yusry cuma tahun yang berbeza. 

Cinta, apakah maknanya? Suatu ketika dulu selepas kekecewaan menerpa anne tidak pernah percaya pada kata-kata cinta seorang lelaki.  Jika yusry berkawin pada tahun 2003 dan bercerai pada 2006 kemudian menemui cinta baru pada 2012 bersamaan 6 tahun lama parut itu terkesan dihati.  Anne juga berkongsi lebih kurang tempoh yang sama, bertunang tahun pertengahan 2004 putus pada hujung tahun 2004 tika tinggal 5 bulan untuk bergelar isteri.  Kemudian anne bertemu jodoh pada hujung 2009. 

Memang sakit, memang kecewa.  Saat itu juga anne menjadi pendendam terhadap insan yang bernama LELAKI.  Setiap kali kata cinta keluar dari mulut lelaki yang anne kenali selepas kekecewaan itu akan anne lukakan, akan anne tinggalkan tanpa apa-apa perasaan bersalah.  Mungkin ada yang tanya kenapa anne buat macam tu, bekas tunang anne ada buat yang tak baik ke?  Jawapan anne...anne dendam pada lelaki mempermainkan cinta, terlalu mudah mengatakan cinta, tahukah maknanya.  Untuk soalan kedua, bekas tunang anne tak pernah buat yang tidak baik pada anne. 

Untuk pengetahuan readers, anne dan bekas tunang bermula dari kawan kemuadian kawan baik, cuma tiada perasaan cinta.  Anne tidak pernah jatuh hati sepanjang perkenalan kami, sebabnya anne suka orang lain, classmate anne yang sama-sama tengah further study degree.  Kami masing punya lelaki dan wanita idaman namun Allah je yang Maha Mengetahui kan...ditakdirkan cinta tak berbalas, namun anne ok sahaja sebabnya tidak lah terfikir bila kasih di tolak akan mati.  Anne cuma suka melihat kecomelan wajah classmate anne.  Bekas tunang anne tahu kisah ini kerana kami sudah seperti teman rapat bercerita tentang apa sahaja.  Sehinggalah dia wanita idaman dia juga tidak beri apa2 respond pada hubungan mereka. 

So, kami terus berkawan, ditakdirkan sikap happy go lucky anne menambat hatinya..katanyalah kan waktu itu...tapi anne menolak cinta yang datang, adalah mustahil untuk menyintai dia kerana anne cuma menggap dia sebagai kawan dan teman baik.  Tidak mungkin perasaan cinta itu mampu wujud...dia tetap mencuba agar anne cuba untuk menerima dan mencintainya.  Hati anne tetap kata tidak.  Namun kita hanya merancang Allah yang tentukan.  Setelah berkali-kali meminta, anne gagahkan hati untuk cuba belajar menerima dan menyintainya..

Bila takdir rezeki anne berubah dari pekerja bank kepada penjawat awam.  Disitu lah bermula segalanya...anne dipinang kerana takutkan andai satu hari nanti anne disambar orang lain.  Di kala kasih mula berputik, sayang mula bercambah dan cinta mula mekar...anne sudah menyayangnginya sepenuh hati.  Tidak berbelah bagi, anne hadkan sempadan persabahatan dengan mana-mana lelaki lain.  Cinta jarak jauh memang amat menduga..tambah pula diikat dengan ikatan pertunangan sudah pasti syaitan dan iblis mahu menggagalkan ikatan itu.  Anne tidak salahkan qada dan qadar Allah, cuma teramat terluka dan teramat kecewa.  Seorang yang mendambakan cinta dan kasih anne mengkhianatinya tika sayang dan cinta itu sudah mekar..

Benci, anne bencikan lelaki.  Pada anne lelaki ini MASALAH.  Anne tutup rapat hati anne selepas kekecewaan itu.  Tidak akan terbuka lagi. Bak lirik Ziana Zain dalam SEMBILU KASIH...


Sembilu Kasih

Telah ku rasakan dulu
Nikmatnya cinta
Puncaknya hanya kepedihan

Sudah ku impikan dulu
Tugu harapan
Tinggal hanya debu-debuan

Tiada kemungkinan terbuka pintu hati
Lukanya terasa lagi

Biar kegersangan
Sehingga lusuh dan usang
Relaku tempuhi walaupun terkulai layu
Sudah terkunci ke dasar hati ini
Ku simpan sampai azali

Manisnya cinta ku dulu dalam memori
Bara menyala dalam jiwa
Sudah kuimpikan dulu
Tugu harapan
Hanya debu-debuan
Biar kegersangan
Sehingga lusuh dan usang
Relaku tempuhi walaupun terkulai layu
Sudah terkunci ke dasar hati ini
Ku simpan sampai azali

Biarku sendiri melalui hidup
Luka yang dilukai
Tak akan berulang
Tak akan ku dekati
Ataupun ku hampiri
Luka yang dilukai
Tak akan berulang

Manisnya cinta ku dulu
Dalam memori
Cinta menyala dalam jiwa
Cinta menyala dalam jiwa

p/s : berhenti dulu sambung nanti....

No comments:

Post a Comment