Tuesday, July 30, 2013

Hi Readers...

Terlalu lama anne tak menulis..dh naik bersawang blog nie.  Tak sempat dan agak sibuk.  Well..macam-macam berlaku so i need to take a break.  Yea..after a long time with no stories.  Jiwa lara, jiwa kacau.  Macam-macam la kan.  

Anne dh recover sepenuhnya dari minor operation bulan 10 last year.  Ever since that anne langsung tidak sempat berbloging.  Life is actually a wonderful journey but yea there are always not easy but still u have to endure it. It is colours of your life.

Well...that all for today...masih banyak yang belum settle...bila dah fully settle nanti anne akan story ok...

till then..
Anne

Monday, September 10, 2012

I'm so down....thank to Allah...hubby always by my side...

Salam readers...

Kali ni entry anne agak sayu skit.  Entahlah...maybe to struggeling to have own child kan...agak tertekan lately nie...ye le, yang senang dapat anak tu buang merata anak tu, tak sayang dan bersyukur dengan anugerah Allah yang terindah itu. 

Well,  anne baru balik checkup dekat Az-Zahrah, the result were quite shock to me..walaupun sebenarnya anne dapat merasakan sebelum gi checkup.  My instint were always 99.9% right usually....yea as i guest my cyst grown back quite big at right side and becouse of retroverted uterus my endo has exsit...phewww...it make my day so rainy...yes i cry a lot...thanks to my hubby yang beri kata2 semangat kat wifey nya yang dh down sangat2...

I'm going to refer my case to Hospital Serdang becouse my adopted brother is there as Orthopedic Specialist and will arrange to O & G specialist checkup & sergery as soon as possible...the word SERGERY scared me...okay....



My oh my...my brother said "don't worry dear sis..it's going to be okay..."....my hubby calm me "...dear..i will always there for you...be strong.."....my mom "along...u have to be strong..."..hmmm..."Dear Allah...help me to get through this situation, feeling..."


"Ya Allah...yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi, yang Maha Pengasih & Penyayang, ku mohon berikanku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini..Sesungguhnya Kau maha mengetahui apa yang terbaik untukku...ku berserah padaMU..."


Monday, September 3, 2012

ADAM & HAWA

salam readers...

Today anne nak story tentang drama yang tengah hangat kat Astro Mustika atau dikenali dengan Astro Gempak...gempak sgt...wahhhhh....

Anne baru je follow cite..since Aaron Aziz yang berlakon pasti GEMPAK kan...sudah terbukti lakonan Aaron Aziz memang TERBAIKKKK.....

Dalam cite nie Aaron Aziz melakonkan watak hero iaitu AM @ ADAM MUKHRIZ...yesss playboy tahap DEWA....heroinya pula Nadiya Nissa seorang gadis kampung yang mempunyai cita-cita besar...well my comment...sesuai dengan karektornya...Ain Hawani, dalam novel tidak menggambarkan Ain seorang yang sangat cantik cuma seorang gadis kampung...

So now let the pictures do the talking....bergetar jantung bila tgk ADAM MUKHRIZ...sebijik dlam novel....


Adam & Hawa

  
 Adam & Hawa

  
 Ain & Cik Ted


Apabila Adam kembali bertemu Hawanya


p/s : reader..if uolls baca novel dia pasti tidak mahu ketinggalan dengan dramanya...dan pasti akan jatuh cinta dengan ADAM MUKHRIZ, setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 mlm ulangan 9.30 mlm.

Wednesday, August 15, 2012

Cerewet????!!!!!

Hi Readers..

Lama anne tak menulis kan...bz..bz..bz... dalam tak sedar dah masuk penhujung ramadhan...cepat sungguh masa berlalu.  Tahun nie anne beraya dirumah mertua.  Bila raya rumah mertua biasalah..mula la anne nie liat...aduhhh...x bestnya.  bukan apa la kan..bila selama kite membesar dgn makanan yang dibiasakan pada pagi syawal oleh mak dan ayah dan bila culture other half kite lain dari kite agak susah untuk sesuaikan diri...tambah2 anne nie yang sangat cerewet bab makan.

Nak tau anne cerewet tak cerewet meh anne cite :

1) pada anne ikan hanya boleh digoreng, bakar dan kukus sahaja...kalu buat SUP confirm anne tak kan SENTUH...hanyir wooooo....

2) sotong mesti dibuang kulit ungu tu...kalu x buang...anne x kan SENTUH gak..

3) ikan mesti digoreng WELL DONE aka garing giler...kalu x anne tak makan..

4) masakan ayam tak kira la kicap, sambal or whatever yang menjadikan berkuah...kene goreng skit dulu...kalu x...ayokkk...x makan gak...

5) sotong kering tu pun anne tak makan sbb baunya memBANTUTkan selera..errrkkkk so tolong jgn letak atas meja makan yea...

6) Segala organ dalaman anne tak makan dan jgn sekali buat organ dalaman sebagai rencah sayur....perghhhh..x SESUAI wehhhh.....(jgn salahkan anne...ummi anne didik tak makan organ dalaman  sbb ummi kate makan organ dalaman nanti otak tak CERDIK)

7) basuh ikan mesti bersih perut ikan tu tak nak ada hitam2 kat tulang, telur ikan semua tak boleh ada...hanya ikan semata...

9) basuh ayam pun sama segala benda asing perlu dibuang...

10) Nasi goreng? makan tapi rencah hanya ikan bilis, ayam, seafood, daging sahaja...yang lain NO..contoh erkkk...ikan x sesuai jd rencah ok...dan dalam makan goreng2 tak kira la nasi, beehoon, mee atau kuey tiaw tak boleh ada segala fish cake, fish ball or yang sewaktu dengannya...boleh memBANTUTkan selera ok....

11) JANGAN PAKSA ANNE MAKAN KALU ANNE DAH KATE "TAK NAK"...kalu paksa mcm hubby anne la kan..sekali dia paksa anne makan jugak...depan tu jugak anne "MUNTAH"..hambik kau....

Nak buat macam mana itulah anne...cerewet..cerewet..cerewet...Sorry!!!

If readers rasa entry kali nie lain macam skit..anne minta maaf..anne dah dibesarkan sebegitu tak semudah ABC untuk ubah culture...susah...


sorry...


okay till then...see u for next article...

Anne

Friday, March 9, 2012

Kalau Yusry Gagal dalam Ikatan Perkahwinan, Aku Gagal dalam Ikatan Pertunangan....

Hi readers,

Kali nie anne nak buat entry pasal kisah cinta, makna cinta dan percaya pada cinta.  Bila anne terbaca kata-kata yusry yang tidak percaya pada cinta sejak kegagalan perkahwinan dia terdahulu, anne juga merasai kegagalan cuma ia ikatan pertunangan.  Ejaan lain, maksud pun lain namun parah luka hampir serupa.  Yang paling special anne berkongsi tarikh lahir yang sama dengan yusry cuma tahun yang berbeza. 

Cinta, apakah maknanya? Suatu ketika dulu selepas kekecewaan menerpa anne tidak pernah percaya pada kata-kata cinta seorang lelaki.  Jika yusry berkawin pada tahun 2003 dan bercerai pada 2006 kemudian menemui cinta baru pada 2012 bersamaan 6 tahun lama parut itu terkesan dihati.  Anne juga berkongsi lebih kurang tempoh yang sama, bertunang tahun pertengahan 2004 putus pada hujung tahun 2004 tika tinggal 5 bulan untuk bergelar isteri.  Kemudian anne bertemu jodoh pada hujung 2009. 

Memang sakit, memang kecewa.  Saat itu juga anne menjadi pendendam terhadap insan yang bernama LELAKI.  Setiap kali kata cinta keluar dari mulut lelaki yang anne kenali selepas kekecewaan itu akan anne lukakan, akan anne tinggalkan tanpa apa-apa perasaan bersalah.  Mungkin ada yang tanya kenapa anne buat macam tu, bekas tunang anne ada buat yang tak baik ke?  Jawapan anne...anne dendam pada lelaki mempermainkan cinta, terlalu mudah mengatakan cinta, tahukah maknanya.  Untuk soalan kedua, bekas tunang anne tak pernah buat yang tidak baik pada anne. 

Untuk pengetahuan readers, anne dan bekas tunang bermula dari kawan kemuadian kawan baik, cuma tiada perasaan cinta.  Anne tidak pernah jatuh hati sepanjang perkenalan kami, sebabnya anne suka orang lain, classmate anne yang sama-sama tengah further study degree.  Kami masing punya lelaki dan wanita idaman namun Allah je yang Maha Mengetahui kan...ditakdirkan cinta tak berbalas, namun anne ok sahaja sebabnya tidak lah terfikir bila kasih di tolak akan mati.  Anne cuma suka melihat kecomelan wajah classmate anne.  Bekas tunang anne tahu kisah ini kerana kami sudah seperti teman rapat bercerita tentang apa sahaja.  Sehinggalah dia wanita idaman dia juga tidak beri apa2 respond pada hubungan mereka. 

So, kami terus berkawan, ditakdirkan sikap happy go lucky anne menambat hatinya..katanyalah kan waktu itu...tapi anne menolak cinta yang datang, adalah mustahil untuk menyintai dia kerana anne cuma menggap dia sebagai kawan dan teman baik.  Tidak mungkin perasaan cinta itu mampu wujud...dia tetap mencuba agar anne cuba untuk menerima dan mencintainya.  Hati anne tetap kata tidak.  Namun kita hanya merancang Allah yang tentukan.  Setelah berkali-kali meminta, anne gagahkan hati untuk cuba belajar menerima dan menyintainya..

Bila takdir rezeki anne berubah dari pekerja bank kepada penjawat awam.  Disitu lah bermula segalanya...anne dipinang kerana takutkan andai satu hari nanti anne disambar orang lain.  Di kala kasih mula berputik, sayang mula bercambah dan cinta mula mekar...anne sudah menyayangnginya sepenuh hati.  Tidak berbelah bagi, anne hadkan sempadan persabahatan dengan mana-mana lelaki lain.  Cinta jarak jauh memang amat menduga..tambah pula diikat dengan ikatan pertunangan sudah pasti syaitan dan iblis mahu menggagalkan ikatan itu.  Anne tidak salahkan qada dan qadar Allah, cuma teramat terluka dan teramat kecewa.  Seorang yang mendambakan cinta dan kasih anne mengkhianatinya tika sayang dan cinta itu sudah mekar..

Benci, anne bencikan lelaki.  Pada anne lelaki ini MASALAH.  Anne tutup rapat hati anne selepas kekecewaan itu.  Tidak akan terbuka lagi. Bak lirik Ziana Zain dalam SEMBILU KASIH...


Sembilu Kasih

Telah ku rasakan dulu
Nikmatnya cinta
Puncaknya hanya kepedihan

Sudah ku impikan dulu
Tugu harapan
Tinggal hanya debu-debuan

Tiada kemungkinan terbuka pintu hati
Lukanya terasa lagi

Biar kegersangan
Sehingga lusuh dan usang
Relaku tempuhi walaupun terkulai layu
Sudah terkunci ke dasar hati ini
Ku simpan sampai azali

Manisnya cinta ku dulu dalam memori
Bara menyala dalam jiwa
Sudah kuimpikan dulu
Tugu harapan
Hanya debu-debuan
Biar kegersangan
Sehingga lusuh dan usang
Relaku tempuhi walaupun terkulai layu
Sudah terkunci ke dasar hati ini
Ku simpan sampai azali

Biarku sendiri melalui hidup
Luka yang dilukai
Tak akan berulang
Tak akan ku dekati
Ataupun ku hampiri
Luka yang dilukai
Tak akan berulang

Manisnya cinta ku dulu
Dalam memori
Cinta menyala dalam jiwa
Cinta menyala dalam jiwa

p/s : berhenti dulu sambung nanti....