Wednesday, November 30, 2011

New Gisaeng Story DVD in The House....Yeay!!!!

Hi All...

Lama tak update blog.  Kali nie anne nak tulis tentang DVD cite drama korea yang anne dok follow kat 1HD Astro.  Yeayyy!!!!....anne dh dapat beli dvd cite tu.  Sungguh happy tak terkata bila dapat beli.  Thanks tu adik anne yang bongsu coz dia yang bagi info pasal tempat dvd tu dijual....perghhhh best giler...bila dapat dvd tu puas la play semua episod yang anne suka "NEW GISAENG STORY"...suka...suka...suka.

Cumanya anne nie amat payah nak pisah dengan harta benda kesayangan anne.  Ada jugak kengkawan yang nak pinjam...haiyakkk...sorry ye..anne tak leh nak bagi pinjam...nak kate anne kedekut pun anne tak kisah.  Anne memamg macam nie sejak azali....hahaha...even ummi dan abbi anne pun tau perangai anaknya nie yang memamg susah nak percaya orang.  Daripada bagi pinjam tak ikhlas buat apa pinjamkan kan....so simpan la sampai lebam dan tengoklah sampai muntah.  Walaupun anne macam nie ummi dan abbi anne selalu cakap kat adik2 anne, "tengok along walaupun lah along tu susah nak bagi pinjam, barang2 along tak pernah hilang"...yup memamg betul itu lah anne.  Anne sangat particullar in everything yang anne miliki.

So bila dpat dvd nie memang puas hati giler....sorry guys...if nak beli sendiri ye...nak tau beli kat mana just pm me....hehehe...



p/s : weeehooooo.....i'm happy (^_~)

Wednesday, November 2, 2011

Redha Allah Terletak Pada Redha Ayah dan Ibu

Ayah Dan Ibu


Ayah dan ibu

Itulah permulaan kami

Dapatlah melihat bulan dan

Matahari

Ahai...



Yang dikurniakan dari Ilahi

Ahai...

Ayah dan ibu lah

Mesti dihormati



Ayah dan ibu

Wali dan juga keramat

Pada mereka kita beri hormat

Ahai...

Bagilah tunjuk ajar dan

Nasihat

Supaya hidup

Supaya hidup kita akan selamat



Lagu ini apabila acapkali anne dengar dicorong radio atau pada pemain mp3 anne, pasti membuai hati dan membuatkan anne merasakan siapalah anne tanpa ayah dan ibu....Anne percaya pada kata2 "Redha Allah Terletak Pada Redha Ayah dan Ibu".  Bagi anne tatkala mereka sudah tua, sebelum di jemput olehNYA berbaktilah, sayangilah, jagalah hati mereka..berbuat baik dan utamakanlah mereka.  Mereka umpama aset yang berharga kerana entah esok atau lusa hilang dari pandangan...masa itu kosong jiwa tiada pengubat, tiada hilai tawa, tiada gurau senda, tiada lagi masakan enak, tiada air tangan bonda dan ayahanda. 

Sorry u all, lately nie anne agak sayu skit.  Hidup manusia ada pasang surutnya..sedih dan terkilan...Allah turunkan dugaan namun si anak masih lagi tidak mahu meMUHASABAH diri...musibah yang melanda ada sebabnya...sesuatu yang berlaku itu ada sebabnya...tanyalah diri "ada salah apa yang telah ku lakukan?" "pada siapa agaknya, ibu ayahku kah?" mungkin ada sesuatu tanpa sedar mengguris hati mereka...siapa tahu...hati kecil itu milik ibu atau ayah...MUHASABAH lah....

Benar seperti yang pernah didendangkan oleh lagu di atas, “ayah dan ibu wali-wali keramat.”Ibu-bapa memang “wali keramat” kerana meminggirkan mereka (apatah lagi kalau sampai ke tahap menderhakai mereka) akan menyebabkan hidup kita terhijab (terhalang). Bukan sahaja kita orang awam ini, bahkan orang-orang Soleh sekalipun jika tersalah laku dengan ibu-bapa akan menerima padahnya.

Sudah dianggap derhaka dengan mendecit perkataan “ah” kepada kedua ibu-bapa. Sudah dianggap melupakan mereka jika kita tidak mendoakan mereka selepas setiap kali mengerjakan solat. Sudah mengecilkan hati mereka jika sudah lama kita tidak menelefon ataupun menziarahi mereka di kampung… Oh, terlalu banyak kesalahan kita terhadap mereka. Dan apakah ini telah menyebabkan tertutupnya pintu kerahmatan dan keberkatan?

Rezeki banyak, tetapi tidak puas. Umur panjang, tetapi dipenuhi dosa. Masa lapang, tetapi hilang manfaat. Kesibukan yang memanjang, keresahan yang tidak berpenghujung mungkin sedang berlaku dalam hidup kita. Anak-anak degil. Isteri atau suami semakin degil dan tidak serasi… Apakah ini semua kerana dosa kita terhadap orang tua? Apakah Allah sedang murkakan kita?


p/s : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”


(Riwayat al-Hakim)

Wordless Wednesday

Satu Impian...Moga Allah Makbulkan....AMIN...

Tuesday, November 1, 2011

DOA Penenang Hati.....

Assalamualikum...

Hari nie anne nak share sesuatu tatkala hati nie tidak tenang, resah dan gelisah.





Ya Allah,

"aku mohon padaMU, ampunkan dosaku, ibu bapaku, adik beradikku, seluruh ahli keluargaku, lindungilah keluargaku dari panahan hasad dengki manusia...
Jauhi kami sekeluarga dari penyakit hati...
tetapkan hati kami, kuatkan iman kami...tenangkan hati kami...
bantulah kami mengharungi dugaan yang hebat ini...AMIN

p/s : moga Allah permudahkan segalanya. 

Monday, October 31, 2011

MasterChef Malaysia ~ "semua orang boleh masak tapi tak semua orang boleh jadi chef " - ujar hubbyku




Hi All,

Kali ni anne nak tulis entry tentang MasterChef Malaysia yang sedang hangat di tayang di Astro Ria & Star World.  Semangat nak menonton rancangan realiti versi Malaysia...first impression not bad la kan...tak kan nak banding produk tempatan dengan international apa pun pada anne konsepnya masih sama dan boleh dibanggakan...lapipun Malaysia nie masih terikat dengan adab dan sopan, aspek keTIMURan tu masih kuat jika nak di banding dengan aspek keBARATan...

Anne terbaca komen2 di blog2 gossip dan komen2 yang mengatakan bosan dan tak ceria...hehehe...komen anne?...anne tak mahu komen banyak sebab anne nak tanya hubby anne dulu..hubby anne lebih berpengalaman dalam dunia culinary nie coz hubby anne x chef di Hilton Sentral sebelum kami berkahwin...meh anne share skit perbualan anne that day dengan hubby.

Anne : B, syg tgk MasterChef Malaysia mlm td...
Hubby: Best ke?
Anne : not bad la...org lain dok komen juri
       dia mcm baca skrip je,syg tgk ok je
Hubby: Ye le, dorang tu semua chef yg bertauliah
       bkn chef selebriti yg buat rancangan masakan..
       mmg la dialognya kaku..
Anne : (dlm hati mengiyakan kata2 hubby).
       B, rasa best tak MasterChef Malaysia nie?
Hubby: abg rasa juri dia baik sgt...kata2 dia masih
       lg berlapik..patut kene la ikut exactly
       mcm MasterChef US atau Austarlia tu...
       jd mcm Chef Ramsey tu...baru real...
Anne : Iskh...garangnya...
Hubby: Syg ingat nak masak kt dapur hotel jd chef
       kene slow and steady ke, maut jawabnya...
       soheh kene maki hamun tau...nak jd chef,
       kepantasan, kenal rasa,
       kenal spices tak semudah A,B, C....yang oiiii..
Anne : Uiks...B, dulu kt Hilton, Shangri-La,
       Sheraton mcm tu ke?
Hubby: ye, le...lg plak keje dgn chef luar negara....
       sbb tu abg ckp "SEMUA ORANG BOLEH MASAK
      TAPI TAK SEMUA ORANG BOLEH JADI CHEF"
Anne : senyap...(mengiyakan kata2 hubby skali lagi)

Sebenarnya anne akui, selepas anne kawin dengan hubby, anne banyak belajar teknik masak yang betul dengan hubby anne...teknik menggoreng, supaya apa yg digoreng tu cantik, tak berminyak dan masak betul...even anne admire hubby bila kat dapur dlm x sampai 15 minit dia boleh siapkan makanan untuk anne...wahh puji hubby sendiri nampaknya, ye la kan abis nak puji siapa lagi...

So anne rasa yang kat luar dan tgk rancangan MasterChef Malaysia nie tok sah dok nak komen je...u all tak tahu macam mana dunia culinary tu...profesion sebagai chef adalah satu profesion yang sangat dihormati dan tak mudah untuk memiliki "title ~ chef"...dpt jd chef at home pun anne rasa dh kira baguskan...

p/s : matlamat jadi chef at home je....ngeeee....(^_~)

Friday, October 28, 2011

Minggu Sibuk..Busy...haaaiiihhh!!!!!

Hi all....

Lama rasayanya anne tak menulis...minggu2 amat sibuk untuk anne....tak menang tangan dekat pejabat.  Macam2 report kene anne selesaikan dengan segera.  Kemuadian kerja kat rumah jugak...masalah datang pulak...anne jadi counselor tak bergaji.  Walau apapun kalu itu sahaja yang anne termampu untuk nak tolong apa salahnyakan...modalnya air liur dan pengalaman kawan2 disekeliling kita. Minggu awal oktober dulu anne tak sihat sangat kemudian masuk opis semula selepas bercuti sakit anne sibuk dengan laporan, setiap hari kene stay back kat opis...perghhh....

p/s : pic credit to google search...

Remy Ishak dan Tiz Zaqyah.....weeeee......(^_~)

Hi All,

Tiba-tiba pagi nie anne macam nak cite pasal artis plak....jom bergosip...hehehe....anne memang fanatik NUR KASIH...dalam nada yang sama peminat ADAM aka Remy Ishak dan NUR AMINA aka Tiz Zaqyah....Well for anne depa berdua nie ada KIMIA...cehhh...CHEMISTRY la ckp org putihkan....heheh...keserasian teserlah.  Hopefully dorang dipertemukan jodoh sebagai suami isteri sehingga ke akhir hayat....because why?...setiap manusia ada jodoh pertemuan cuma setakat mana kite tak tahukan...mungkin jodoh pertemuan itu hanya setakat kawan, sahabat, tunang siapa yang tahu...hanya Allah Yang Maha Mengetahui...berdoa agar jodoh pertemuan itu sebagai suami isteri dan kekal hingga akhir hayat dan anne sendiri teringat salah satu skript dalam NURKASIH THE MOVIE "KITA TAK TAHU APA YANG ALLAH RANCANGKAN UNTUK KITA".......AMIN....






pic credit to google search

p/s : nanti gossip lagi...ngeee...

Thursday, October 13, 2011

Sekarang VS Dulu....

Hi All..

Lama anne tak update blog....dh bersawang blok nie....sorry la lately nie agak sibuk dengan keje2 opis yang banyak dan perlu bekerja di luar pejabat dan lebih masa kat opis.  Well, apapun yang penting anne happy dengan keje sekarang nie.  Walaupun menuntut anne kerja lebih masa tapi anne happy je nak stay back tapi kalau kat opis yang dulu mati2 anne tak akan stay back.  1001 alasan anne akan bagi untuk elak keje lebih masa...hahaha...nak tau kenapa? Sebab tak boleh tahan dengan "DOUBLE STANDARD" suruh buat keje tapi "DIA" boleh senang lenang balik umah, lenggang kangkong.  SAPA?....hmmm...sapa lagi kalu bukan "BOS" yang tau mengarah tapi tak tau nak "SUPPORT" staf....boleh blah....

Sekarang kat opis baru anne stay back tak claim pun, keje dengan hati yang rela dan selesa paling tepat "AMAN DUNIA AKU"....kata orang "Tempat Jatuh Lagi Dikenang Inikan Pula Tempat Bermain"...kalu nak diingat memori indah dan suasa yang baik tempat kerja lama hanya lah semasa opis tu masih kat tengah Bandar Kuala Lumpur.  Masa tu tak de jumpa yang dengki hati, mulut puaka, batu rosenten, kepala zirafah a.k.a paparazi tak berbayar...hmmmm...dan macam2 lagi la...

Masa tu semua ok...AMAN tapi bila pindah opis baru, masuk orang baru....ADUH...PENING...MENYAMPAH....SAKIT JIWA....bila ada kawan2 call dari opis lama cerita itu dan ini....Ntah la anne dah malas nak pikir...hati anne dh banyak luka dengan opis tu...

Sekarang nie anne bahagia sgt2...staf2 yang baik, dengar kata, bos yang toleransi, ruang keje yang luas, kemudahan yang bagus, yang penting ada SOFA tau...opis lama tak de...parking pun tak berebut...tak de "DOUBLE STANDARD"....

Kesimpulanya.....BEST SANGAT LAH....ada yang tanya "Nad, nk balik opis lama tak?" anne jawab "....huihhh...bagi aku SEJUTA pun aku tak nak balik opis lama....HOROR.."

p/s : I Love My Life.....

Monday, August 22, 2011

Selamat Datang Sayang

Selamat datang sayang
Berlabuh ke pangkuan
Di pintu hatiku telah lama menunggumu


Selamat datang sayang
Di hari yang gemilang
Kau telah ringankan satu beban penantian

Bersama kebesaran hari yang indah
Datangmu bagai satu hadiah

Selamat datang sayang
Bersama sejahtera
mengisi halaman yang terbiar kesunyian


(*)
Bersyukur menerima segalanya
Menadah dengan hati yang terbuka
Di hari indah ini tiada lagi sepi
Riangku tak terperi melihat kau di sisi

Di hari mulia kau datang membawa
Sebuah kedamaian di singgahsana
Pintu hati ku terbuka memberi dan menerima
Akulah seadanya tiada pernah berbeza
Selamat datang sayang aku ucapkan….


(ulang *)
Selamat pulang sayang berlabuh ke pangkuan
Kau telah meringankan satu beban penantian
Selamat datang sayang aku ucapkan….


lirik lagu dicopy dari : http://liriklagu.net/melayu/hattan/selamat-datang-sayang/ (full credit)

Hai all,

Just nak share pasal lagu nie...heheh...anne suka sangat lagu nie...kenapa? actually ada cerita disebalik lagu...ye lah...anne kan bergelar isteri pada bulan Syawal.  Penantian sekian lama untuk mengakhiri status bujang...bait2 lagu nie besar maknanya dalam hidup anne...even encik hubby pun suka. 

p/s : Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 2 dear hubby.

Wednesday, August 10, 2011

Happy Birthday Syahmi

Hi All...

Today (10/08/2011)...birthday my baby nephew Syahmi...Happy birtday dear...auntie long love u always...semoga jadi anak yang soleh seperti doa opah hari-hari "bakal doktor imam muda"....amin.

Disebabkan birtday Syahmi jatuh masa Ramadhan nie so birthday party nanti auntie dan semua family akan buat birthday party Syahmi pada hari Raya Aidilfitri nanti.  Tak sabar plak rasanya ek...nak celebrate birthday Syahmi.  Sekejap je dah setahun masa berlalu kan....dah besar anak buah kesayangan auntie...

Anne sebenarnya nak upload picture Syahmi tapi lembab plak network nie...so if u all nak tenguk mana Syahmi so lihat kat "pic of Week" anne...the youngest boy is Syahmi....oklah....nanti continue lagi yea....daaa...

Sunday, August 7, 2011

Dah seminggu puasa...

Hi all,

Diam tak diam dah seminggu umat Islam berpuasa...maknanya dah seminggu juga bulan Ramadhan berada bersama kita.  Anne mengharapkan bulan Ramadhan kali ini membawa Keberkatan dan lebih memberi lebih makna...lagi pun kita tak tahu sama ada kita dapat jumpa lagi atau tidak Ramadhan tahun depan.  

Well, mengenai persiapan raya plak anne dah siapkan semuanya seminggu sebelum Ramadhan..malas nak bersesak-sesak shopping bulan Ramadhan nanti.  Semua kelengkapan keluarga dah selesai beli.  

Selasa (26/07/2011) anne dan adik anne fathihah bawak ummi dan abbi anne ke Pavillion....shopping kat sana....dengar macam gah je kan....tak semua dalam Pavillion tu MAHAL...ada jugak butik yang kita boleh masuk.  Actually anne kesana coz nak gi butik Esprit.  Anne dan adik-adik memang pengemar pakai Esprit, Elle dan Guess.  But lately nie baju2 Esprit cukup menawa kalbu tambah pulak ada salekan...bertambah gatal la tangan niekan....so almost semua kelengkapan baju family anne beli kat Esprit.  Cuma baju ummi je yang tak leh cari kat Esprit.  Ye la ummi nak jubah kene la cari Hajaba plak.....aduiyai...boleh tahan gak ummi ku nie kan....so nak cari Hajaba dan beli kasut for parents gak....lepas ke Pavillion kami ke Midvalley plak.....

"Mid Valley parking full"  waktu tu pukul 2.30 petang...abbi anne bersuara..."apa dia orang buat kat sini hari keje nie"...anne jawab selamba..."diaorang pun shopping macam kita kot".....ummi ane gelak....heheheh...loyar buruk betul la anne nie...so kat mid valley we all shopping kasut belikan abbi Hush Puppies, bila tanya ummi tak nak kasut ke?..mula2 macam tak nak lepas tu dia cakap nak kasut Sembonia...perghhh...leh tahan ummi anne nie....nampaknya masih tak jumpa jubah ummi...so tempat seterusnya Alamanda....dapat segala barang yang dicari kami berehat jap kat Starbucks Alamanda.  

Dapat la anne makan red velvet cup cake yang anne beli kat Pavillion dan setelah penat dibawa kehulu ke hilir tapi tak sempat nak makan....perghhh....tak sampai seminit habis....sedap giler....nak beli lagi..tapi tu la yang ada kat Pavillion dan Bangsar...even adik anne pun cakap "sedap giler long...".....

Well, dah panjang lebar nie...kite sambung nati...

Tuesday, July 12, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan

Hi all...


Lama rasanya anne tak update blog....very the busy lorr...awal Julai baru nie anne ke Penang untuk kerja luar.  Balik dari Penang pulak, report dan keje opis menunggu.  Tiga (3) hari keje tak angkat kepala.  Tak sempat nak buka blog pun.  Nie la baru masa yang ada nak update skit-skit kan.
Well, diam tak diam dah masuk pertengahan Julai.  Maknanya 2 minggu lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan Ramadhan.  Sekejapnya masa berlalu.  Ramadhan datang lagi maknanya dah hampir 2 tahun juga anne hidup sebagai isteri dan menguruskan rumahtangga.  Macam tak caya kan. 

 
So kepada semua readers, Selamat Menyambut Ramadhan semoga Ramadhan kali Penu Makna dan Baraqah.....

Monday, June 20, 2011

A New Gisaeng Story @ C393 Astro Byond

Hi All...

Kali nie anne nak posting pasal satu (1) cerita korea yang secara tak sengaja tertengok kat One HD Astro.  Masa tu anne tengah menunggu masa untuk mandi bersiap gi kedai hubby kat Tasik Selatan atau Desa Tasik.  Bosan memilih rancangan tv kat astro pada awal pagi abis secara channel anne tekan tapi tak de yang berkenan dihati....tiba2...bila anne tekan One HD @ C393, terkeluar la tajuk cite "A New Gisaeng Story" terdetik dihati anne.."cite pasal apa agaknya ye..." Bila anne tunggu pelakon-pelakon kluar...hmmmtak der satu pun anne kenal atau cam.  Tapi bila terpandang sorang pelakon pompuan dia....huiiiihhh...cantiknya...kedu jap....tunggu lagi...tengok sinopsis episod masa tu...ohh...baru episod 1.  Sempat lagi nie nak tenguk....abis hantu korea sudah muncul.  Mari kite review sesama yer.

A New Gisaeng Story : Source : Koreandrama.org (full Credit)

Title: 신기생뎐 / Shin Gisaeng Dyeon / New Tales of Gisaeng
Chinese Title : 新妓生传
Also known as: New Gisaeng Story
Genre: Romance, drama
Episodes: 50
Broadcast network: SBS

Air time: Refer Astro Byond @ C393 

Synopsis

New Tales of Gisaeng depicts the love, sadness and pain of people surrounding a gisaeng house, where only VIPs can enter.

Dan Sa Ran majored in classical dance while attending college. Her mother died when she was still young and her father remarried, bringing with him a new stepsister and a materialistic stepmother whom she has trouble warming up to. Sa Ran comes from a poor family, but she maintains her dignity around friends who come from rich families. Either fate or coincidence brings her together with Da Mo, to whom she feels an instant attraction, but her awareness of her poor background restrains her from voicing it. A head gisaeng at Buyongkak observes Sa Ran’s natural beauty and grace as well as dancing talent, and recommends her to become a gisaeng.

Ah Da Mo takes business administration training at his father’s company. He does not get along with his father, who is indifferent towards his family and only shows affection towards their pet dog. Da Mo is cocky and tends to look down on women, but begins to question his attitude when he meets Sa Ran by chance. He finds himself involuntarily drawn to her, and their relationship begins.




Sa-Ran        Da-Mo           Ra-Ra

Barisan Pelakon

Mari bersama kite follow cite nie....jom..jom..jom..

Nora Elena & Oh! My Lady.....

Hi All...

Lamanya anne tak update blog...bz sgt2 kat opis baru nie.  Anne baru bleh bernafas nie.  Kali nie anne nak update untuk cite drama yang anne follow separuh jalan maknanya tak dari mula la kan, Nora Elena dan Oh! My Lady tapi bila tertengok terus obses. 

Nora Elena aka Kasih Yang Suci

Sekarang nie baru je lepas angau tengok watak Seth Tan aka Aaron Aziz dalam Nora Elena.  Apakah ada jenis lelaki seperti Seth Tan dimuka bumi ini.  No Body's Perfect pada anne...pasti ada kekurangan dimana-mana.  Anyway memang Seth Tan watak novel.  Jatuh Cinta pada watak Seth Tan.

Nora Elena - not bad *****

Sekarang anne nak cite pasal cite korea yang anne Follow....

Oh! My Lady

Gara-gara obses dengan Super Junior so anne follow cite nie.  Actually cite nie bukan lah cite baru.  Cite tahun 2010, somewhere in May 2010.  Lakonan Choi Si Won (Super Junior) dan Chae Rim. 






Anne sukakan kesemua watak dalam citer nie.  Walaupun Siwon nampak kaku berlakun tapi ok la untuk amatur. Nasib watak ahjumma yang di bawa oleh Chae Rim sebagai Yong Gae-Hwa menjadikan watak Si Won sebagai Seong Min-Woo.  Anak Min-Woo (Si Won) pun comel sangat dalam cite nie.

berikut adalah sinopsis : Souce by google seach : koreandrama.org

"A spunky 35-year-old housewife, Yoon Gae Hwa, takes on the job of manager to prickly top star Sung Min Woo in order to earn enough money to regain custody of her child from her ex-husband. Romantic hijinks and hilarity ensues when they find themselves in an awkward living situation as Min Woo pays Gae Hwa to take care of his daughter, Ye Eun."

Kepada sesiapa yang follow cite nie.  Oh! My Lady ditayangkan di Astro Animax @ C715 (Atro Byond) atau P715 (bukan Byond), setiap Jumaat pukul 8.00 mlm.  Sekarang nie tinggal beberapa episod lagi cite nie abis lah.  So get ready untuk cari cite lain plak.  Nex sory anne cite pada next posting.  Cite korea juga...jeng3x..

ok...guys...see u all next posting

Monday, May 30, 2011

SUJU M @ Hari Belia Negara

Hi all...

Today anne nak kongsi..hujung minggu anne yang full...perghh...puas hati walaupun kakiku sakit...

28/05/2011 ~ Sabtu

Hari yang dinanti tiba...SUJU M datang Malaysia untuk Konsert Hari Belia...perghh...memamg anne rasa lupa diri jap.  Actually that day anne sampai putrajaya pukul 3.30 ptg, mula jalan-jalan dulu...tenguk apa patut, beli apa patut.  Masuk Asar je anne dan adik-adik lepak kat Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi).  Lepak sana sampai la maghrib.  Dalam hati semua dok pikir macam mana nak harung orang ramai tu..sebab sure dah ramai dan 'port' yang bagus dah kene kebas.  Tapi tak pe...yakin pasti ada jalan....sabar..sabar...sabar

lepas solat maghrib je anne dan adik-adik mengharung orang ramai.  Masa tu baru pukul 8.30 mlm...wahh!! lama lagi nak tunggu nie...konsert pukul 10.00 aduh...Hari nie dalam sejarah anne berdiri selama 4 jam...selalunya tak sampai setengah jam anne dah pengsan...coz low blood....dalam hati berdoa jangan la pengsan....for this moment only....tepat pukul 10 mlm, bila SUJU M keluar je macam ada injection masuk kat badan anne dan adik bongsu anne ain.  Kami redah lautan orang ramai tu dan dapat port baik atas deck dekat dengan stage...anne berdiri atas deck tu...puas hati ku......memang lupa diri jap status bini orang... now lets enjoy the pic....








Actually ada byk lagi pic...anne masukkan dalam FB..masuk blog nti org kidnap pic yang anne ambil...fuiiii...bukan senang ooo...nak dapat pic nie...anne mengharung segalanya untuk dapatkan...so enjoy...



Tuesday, May 24, 2011

Primavera Cantik.....

Hi All...



Kali nie anne nak kongsi cerita tentang koleksi kasut. Hari Selasa (10/05/2011) baru nie anne sorang ke Alamanda oleh kerana nak bayar Celcom Broadband.  Lepas je bayar tu terasa bosan plak kalu balik terus jalan-jalan jap kat Alamanda tu.  Terdetik dihati...."ehh...Primavera dah siap renovate ke? meh kita cari..." .....hahahaha...memang betul cari pasal.  Rupa-rupanya Primavera dekat2 dengan Watson.  Hmmm...apa lagi..."meh kita melawat..." dan pasti ada yang akan dirembat la kan. 


Fyi, anne memang sangat-sangat sukakan rekaan kasut Primavera.  Kebanyakan kasut anne memang koleksi Primavera.  Hingga adik bongsu anne pun dah paham dan tau bentuk kasut kesukaan anne.  Dah la macam tu kan ada plak kriteria Shopaholics kat anne, macam nak beli je semua warna kasut dalam patern yang sama.   Haaaa...tu kan karektor shopaholics. 









Dibawah adalah koleksi kasut anne dari brand Primavera.


Kasut Hantaran Anne (Primavera)


Hasil rembatan (10/05/2011) - Selasa






haaa...itu la hasil rembatan anne...suka sangat bila dapat kasut tu puas hati.  Lepas nie ada lagi yang nak dirembat tapi sabar dulu....nti hubby anne bising....ngeeee...(",)

sambung lg nanti....


Monday, May 23, 2011

Serbu Wayang....

HI all..

Haaa...dh lama tak update blog.  Actually memamng sangat2 tidak sempat untuk update blog.  Opis baru nie menuntut perhatian dan kepantasan anne dengan segala kerja2 adhoc.  Segalanya perlu pantas.  Nasiblah anne biasa dan walau apapun sebenarnya anne suka kerja kat opis baru.  Damai, aman dan tenteram.  So apapun kerja anne sambut dan buat dengan hati terbuka dan senang hati.  Bos2 pun ok...sama beri tunjuk ajar.  Staff pun ok...friendly dan senang bergaul.  Walaupun opis nie tak ramai staff tapi sangat baik dan ramah.  Anne pun memang dah berniat nak mulakan hidup dan sejarah karier yang baik kat sini. 

Just nak kongsi anne buat kerja memang gila bila jumaat (20/05/2011) lepas anne bekejaran ke Midvalley beli tiket wayang....Huiiihhhh....punya la ramai orang beratur..tak hinggat.   Dalam keadaaan beratur tu anne peratikan skin tv jualan tiket....NURKASIH - Selling fast , Pirates of Caribbean - Selling fast.  dalam hati dapatkah ku beli tiket nie....ohhh!!! God please be with me...sampai kat kaunter anne booking tiket 3D Pirate untuk ari ahad dengan hubby anne dan kemudian anne mintak org kaunter tiket tolong slot anne daalam waktu tayanagan terhampir NUR KASIH....yeay!!!! anne berjaya...dapat tgk NURKASIH pada jam 7.55mlm tu jugak...lega sungguh...kluar dari kaunter tiket GSC buat announcement yang tiket NURKASIH @ 7.55mlm telah habis dijual....perghhhhh!!!lega sungguh.

Akhirnya dapat anne tgk :


 NURKASIH The Movie


 Pirates Of Caribbean - On Strangers Tides

Pagi ahad tu masa anne dan hubby sampai untuk tengok Pirates, tenguk kat kaunter tiket di MIdvalley, line beratur untuk beli tiket sampai ke depan pintu Mc'D MidValley...ramai giler... "dalam hati anne bertanya....ada ke tiket lagi?...hmmmmmm...."

So kepada yang belum tenguk 2 cerita nie...jangan lepaskan....tak rugi dan best giler...
Sebenarnya ada satu blog anne dh nak hampir siapkan dan akan anne publish bila2 masa je...nantikan yer....ok daaaa....

Wednesday, May 11, 2011

Nak Belajar Cari lah Guru....

Hi All,

Rasa macam lama plak tak update blog.  Lately nie macam tak cukup masa keje kat opis baru menguji kepantasan anne dari segi mental dan fizikal.  Anne kene belajar semua dengan cepat but tanpa tenaga pengajar.  Belajar dari data2 orang lama tapi tak la pulak anne cakap "Si Pulan tu ajar saya pun".  Macam pernah dengar kan kata2 tu.  Itu la kata2 orang suka cari kesalahan orang lain.  Dah nama pun belajar kene la cari cikgu.  Bila tak tahu tanya la jangan la berat mulut.  Tak nak tanya tu satu hal yang pi tabur fitnah "dia tak ajar: tu apa hal.  Tak akan jatuh maruah bila bertanya pada cikgu yang tahu walau pun oraang tu junior ke staff bawahan ke. 

Hmmm..entahlah...for sure anne tak akan baik dah dengan orang yang macam nie.  Tikam belakang orang.  Baik kan depan tapi kat belakang kutuk, tikam orang.  Sudah-sudahlah buat cerita atau fitnah.  Esok2 bila kene batang hidung sendiri melompat nanti.  Anne dah serik untuk terlalu baik sangat dengan orang.  Baik biarlah berpada-pada jahat jangan sekali dibuat.  Alhamdulillah anne bahagia ditempat baru.  Walaupun agak sunyi sebab semua staff kat sini ada kerja masing2.  Dasar percaya pada staf menyiapkan kerja yang ditugaskan amat tinggi, disiplin pun ketat.  Waktu keluar masuk opis dipantau setiap hari.  Keluar makan tengah hari pun hanya boleh pada tepat pukul 1 petang hingga 2 petang.  Walaupun berkeadaan demikian anne boleh patuh sebab bukan hanya staff bawahan yang kene ikut peraturan itu semua pegawai atasan, pertengahan adalah tidak terkecuali.  Maknanya peraturan yang adil.  Kalau bos tak buat staff pun tak kan buat.  Tapi budaya dulu bos boleh buat tapi staff tak boleh.  Peraturan berat sebelah.

ok la, anne nak buat kerja nanti cite lagi.....

Friday, May 6, 2011

I'm Moving Out

Hi All...

Baru anne cerita-cerita pasal pindah-pindah unitkan.  Now anne akan berpindah keluar terus dari KKM.  Anne akan melapor diri ke Jabatan Perdana Menteri pada 3 Mei 2011 nie.  Hmmmm...it will be my new environment, meet new people, new friends, new boss.  Macam excited pulak. 

Sebanarnya macam-macam perasaan ada dalam diri anne.  Suka, Gembira, Sedih dan sayu pun ada.  Namun kita kene kuatkan semangatkan.  Well anne akan bina azam baru bila masuk tempat baru nanti.  Anne nak jadi yang lebih baik.  Moga-moga life anne ditempat baru akan lebih bersinar.

Kay lah, nanti anne buat entry pasal opis baru anne yer.  Entry menarik tau.

Saturday, April 23, 2011

Mee Rebus Oh Mee Rebus

Hi all..

Kali nie anne nak buat entry pasal Mee Rebus.  Balik keje semalam rupanya hubby anne masih kat rumah dan belum pegi kerja. Boleh lagi nyorok belakang pintu rumah nak terkejutkan anne.  

Jadi, oleh kerana dah lewat tak pergi kerja nampaknya hasil pujukkan anne.  Wahhh...berkuasa juga yer pujukan seorang isteri.  Oleh kerana tak pergi kerja hubby anne ajak keluar makan mee rebus kesukaannya di Puchong Perdana.  So lepas solat maghrib kami pun siap2 la nak pegi sana.

Sampai sana anne pesan bee hoon sup dan hubby anne surelah mee rebus yang semua lebih...bak kata hubby anne kuih lebih, kuah lebih, mee lebih dan telur rebus sebiji.  Actually anne tak minat sangat makan mee rebus.  Anne lebih suka bee hoon sup, tomyam atau bandung, kuey tiaw kungfu pun anne suka.  Oleh kerana teringatkan blog nie anne pun ambil pic mee rebus dan bee hoon sup untuk share with u all.  


 Mee Rebus


 Bee hoon Sup

hmmmm....yummykan....habis kuah bee hoon sup tu anne hirup, sedap plak rasanya.  Hubby anne pun cakap bee hoon sup nie sedap. Selalunya kalau ke gerai nie anne akan pesan kuey tiaw goreng tapi kali nie tukar selera la pulak. Bee Hoon Sup and not bad sedap.  Cubalah...mana tau kene selera.

Wednesday, April 20, 2011

Rindu BlackBerry.....

Hi all...

Sekarang nie kegunaan gadget sudah menjadi kegilaan ramai.  Bila dunia (maya) hanya dihujung jari.  Peningkatan IT begitu pesatkan.  Even anak2 buah anne pun pandai guna tau.  Hanya dengan sekali tenguk je dah pandai nak tekan mana dan nak tenguk apa...pergh bertuah sungguh anak2 zaman IT nie.  Cuma sesetengah perkara perlu kawalan dari mak dan ayah.  Just to share something, latest gadget yang anne dan adik anne fathih ada BlackBerry 9780 (white) smart giler, selalu asyik hitam je kan kita pilih warna lain lak lebih cantik dan elligent...wahh...perasankan..well apa salahnyakan..bukan selalu nak syok sendiri.

 
Situation 18/04(A)

Acik (Fathih) : along kat mana?
Anne          : Ada kat luar arrival terminal cari pintu 8 
                antarabangsa. 
Acik (Fathih) : Ok, see u.

Selesai isi luggage dalam boot kereta.  We all pun balik Mantin.


Situation dalam kereta (B)

Anne          : How's Beijing? Best?
Acik (Fathih ): Best sangat tapi cuaca sana extreme la along.
                Pegi sejuk sangat, tengah hari panas sangat.
Anne          : Tak leh on BB ke?
Acik (Fathih) : huhu....tak leh coz acik baru subscribe kan. 
                Along nak tau turun flight je terus on BB.
                Rindunya kat BB.
Anne          : hahahahah....baru tau berhantu BB tu.
Acik (Fathih) : yea la...now tau kenapa tak leh pisah dgn BB.

Actually anne la yang paling gila gadget dalam family dan diikuti adik anne yang paling bongsu ain.  Acik tak sangat tapi bila Handphonenya ari tu lost function.  Anne syorkan pakai BB.  So now anne dan acik guna BB.  So communicate senang skit hanya BBM je.  Masa anne mula2 guna acik kata best ke BB nie long.  Anne cakap guna la dulu baru tau.  Sekarang dah tak leh pisah.









Yeay!! Dapat Parfume...

Hi all..

18/04 pukul 10.35 mlm anne gi KLIA untuk fetch adik anne, fathih balik dari Beijing.  Kesian plak kat adik anne kene balik sendiri malam2 lak tu lagipun KLIA tu bukan jauh sangat dari rumah anne.  So anne gi la KLIA ambil dia hantar balik Mantin.  Malam tu terpikir jugak kesian kat dia sebab tinggal sorang2 malam tu coz anne kene terus balik Seri Kembangan lepas hantar dia.  
So sampai kat rumah dia bagi perfume yang anne pesan Clinique Happy Heart.  Yeay!! dapat...100ml pulak tu tau.   Harganya murah pulak tu compare kalau beli kat SOGO kan.  Anne memang sukakan perfume nie.  Dulu anne pakai 5th Evenue Elizabeth Arden.  Bau 5th Evenue pun sedap. Satu lagi perfume yang jadi pilihan anne Bvlgary Omnia Cristline (BVG).  Bvg nie memang sedap pakai skit je bau dia tahan sampai esok.  Satu lagi perfume yang anne pernah pakai dan rasa akan pakai lagi ialah Salvatore Ferragamo  Incanto Series dan yang anne guna Incanto - Shine.  Actually dia ada beberapa pilihan.  Ada Incanto - Charms, Incanto - Heaven  dan yang paling latest is Incanto - Blooms and Incanto - Bliss.  Kesemuanya sedap dan ada bau signatures tersendiri. Here's the images...(just to share).

 Clinique - Happy Heart
 Elizabeth Arden - 5th Avenue
  
Bvlgary OMNIA Series - Crystalline

Salvatore Ferragamo Incanto Series



Tuesday, April 19, 2011

Makhluk Allah Yang Bernama Manusia

Hi all...

Minggu nie minggu baru anne di unit baru.  Kerja macam biasa, lagipun anne tak pernah nak tolak apa pun kerja yang diberikan pada anne.  Cuma entahlah susah nak cakap.  Kata orang gerak hati selalunya betul.  Kita boleh tahu orang suka kita atau tak.  Pada anne, anne bukan kerja untuk meraih suka atau tak.  Terpulang lah nak suka ker tak.  Bukan niat anne nak jadi 'blue eye girl' pada sesiapa pun.  Namun selagi kita nie bernama manusia ada aja yang tak sedap mata memangdangkan.  Terutama umat manusia yang berbangsa melayu dan mengaku dirinya ISLAM tapi dapat penyakit hati.  Penyakit Hasad Dengki. 
 
Kita bila nak kata orang tu salah, orang nie salah cermin la diri kita dulu.  Kita nie sempurna sangat ker.  Tak pernah buat salah ke.  Muhasabah la diri.  Mulut tu jaga lah.  Jangan cakap sesedap rasa.  Esok2 bila terkene batang hidung melompat pula nanti.  Kita kene ingat langit tak selalu cerah dan mendung tak kan berpanjangan.  Sekarang nie kita buat orang esok2 orang buat kita.  Dunia nie bulat sekarang kita kat atas entah esok atau lusa kita kat bawah sapa tahu.  

Anne dah malas nak ambil pikir pasal benda remeh-temeh nie.  Anne ingat pesan pakar motivasi Dr. Fadzillah Kamsah maafkan semua orang sebelum kita tidur.  Jangan sekali ada penyakit hati.  Tapi anne akan tuntut di Akhirat esok.  Apa yang dia buat hari ini...anne akan tuntut di Akhirat esok. Dia tahu siapa diri dia. 

Saturday, April 16, 2011

Makan2 di PizzaHut Alamanda

Hi all..
Jumaat lepas adalah hari terakhir anne di Unit Amanah dan Deposit.  So lunch tu anne dan staff makan2 kat PizzaHut Alamanda.  Kebetulan plak salah sorang staff saja belanja makan2.  Thanks to Diana for the lunch treat.  Sebenarnya dalam gelak2 anne berat hati nak tinggal unit amanah deposit nie.  Coz ye la kan, anne memang sukakan double entry nampak sikit buat keja akaun, advanture nak buat balancing.  

For staff2 UAD tersayang, teruskan kerja yang berdidikasi untuk bos yang baru.  Anne sayang u all. Sebagai penjamu mata anne uploadkan pic sepanjang makan2 kat PiazzaHut.

 cutlery

 mushroom soup

 garlic bread

 air la apa lagi kalau tak nanti 'tercekik'

 apa2 pun boleh

 royal masala "my all time favourite"

 hawaian chicken

had nie muka tak sabar tunggu makan.

Apa pun UAD we have a great year together.  Mana tau jumpa lagi pulak kat unit lainkan. 

love u guys a lot.