Thursday, August 12, 2010

Puasa 2010

Salam...
Hari nie masuk hari kedua puasa, maknanya masuk malam ketiga solat terawih. Tahun lepas aku masih lagi duduk ngan ummi dan abbi kerana masih bujang dan membilang hari untuk bergelar isteri. Tahun nie aku menjalankan ibadah puasa sebagai isteri, maknanya aku bangun sediakan semuanya. Kalau dulu cuma bangun tolong ummi kat dapur tapi sekarang A 2 Z semua aku yang buat. But takpe untuk suami tersayang. Esok2 kalau dikurniakan anak kene pula sediakan untuk mereka plak.

Puasa tahun nie keluarga ummi abbi bertambah lagi dengan seorang lagi cucu. Cuma sehari sebelum ramdhan tiba, adik aku angah selamat melahirkan baby lelaki dengan berat 3.03kg. Hahah...yup...another boy..seperti yang semua tahu adik beradikku semuanya perempuan. Abbi dan Ummi dikurniakan cucu-cucu lelaki. Yang pertama dulu Muhammad Faris Akmal yang lahir nie apa pulak namanya. Yang aku pasti Muhammad dan Akmal itu pasti ada. Aku tak sabar nak balik umah Ummi jumaat nie, penuh rumah dengan 2 menantu, 2 cucu, 4 orang anak perempuan ummi dan abbi.

Ok la nanti sambung lagi.