Monday, February 27, 2012

Changing Skin Care from ~The Body Shop to The Face Shop

Hi readers...

Today anne nak share produk facial or skin care yang anne gunakan dulu dan terkini...sebelum berkahwin anne guna produks facial or skin dari THE BODY SHOP iaitu dari rangkaian MOISTURE WHITE SHISO based on JAPANESE formula.


MOISTURE WHITE SHISO by BODY SHOP

Anne gunakan, semua barangan dari Facial Foam, Toner Essennce II, Moisturizer, Serum dan Night Cream.  Harganya pada anne agak mahal.  So anne dah dua tahun mengunakan produk nie, ntah macam mana lately anne hadapi skin problem yang menjadi berminyak dan kering dalam masa yang sama. Berminyak di zon 'T' dan kering di bahagian tulang pipi.  So anne bercadang untuk tukar produk facial or skin care yang anne gunakan.  Kalu dulu anne guna JAPANESE FORMULA tapi sekarang anne nak bertukar kepada KOREAN FORMULA....hehehehe....

Mentang-mentang gila korean movie, drama dan muzik K-POP kan...jom berkenalan dengan new best friend anne...

1. Facial Cleansing CREAM (200ml)

BLACK BAMBOO CLEANSING CREAM

Actually cream nie anne dapat as free gift kerana beli melebihi RM 150.  Beautician face shop recommend anne untuk mengunakan cleasing cream nie sebelum cleansing foam.  Kata beliau untuk balance kan kulit anne yang berminyak dan kering...(suka dpt as free gift 200mlm lak tu...berbaloi-baloi)



2. CLEANSING FORM (140ml)

ARSAINTE ECO-TRERAPY CLENSING FOAM

So selepas facial cleansing teruskan dengan facial foarm untuk cleans face.  Lepas anne gunakan facial foam nie memamg terasa segar dan bersih je wajah.


3. FACIAL TONER (130ml)
PORE MINIMIZER CONTROLING TONER WITH POWDER

Beautician Face Shop syorkan anne menggunakan toner pore minimizer nie sebab kulit anne yang kering di sekitar tulang pipi dan untuk balance zon 't' yang berminyak.  Experince lepas guna toner nie, anne rasa memang best sangat2 rasa fresh sangat compare dengan produk sebelum nie.


4. MOISTURIZER (125ml)
ARSAINTE ECO-THERAPY EXTREME MOISTURE

Selepas toner dan semestinya masa untuk mosturizer, beautician Face Shop, syorkan anne gunakan cycle yang sama untuk malam.  anne tidak perlukan sebarang cream malam or night cream so ia adalah 1 penjimatan....yeay!!!



4. FACIAL MIST - JEJU FLOWER (REFRESH SKIN FACIAL) (70ml)
PURE WATER FACIAL MIST ~ JEJU FLOWER

Untuk kesegaran berpanjangan Pure Water Facial Mist adalah jawapannya, boleh digunakan bila-bila dan di mana-mana sahaja.  Memang rasa refresh sangat.


5. BASE MAKE-UP ~ BB CREAM (40ml)
FACE IT OIL CUT DUAL BB EMULSION

Untuk base make-up anne gunakan BB Cream dari Face Sho juga.  BB cream nie bersekali dengan concealer dan cermin kecil.  Produk yang sangat bagus kerana selalunya kite perlukan wet tisu yang banyak untuk bersihkan make-up tetpi bila anne gunakan bb cream nie, cukup dengan cleansing cream dan cleansing foam dan mencukupi dan bersih dan terbukti sebab anne cuba sendiri selepas membersihkan muka anne gunakan tisu untuk lihat masihkan ada kesan make-up.  Hasilnya memang confirm tiada kesan make-up pada tisu....

Anne amat puas hati sangat dengan produk facial @ skin care dari THE FACE SHOP nie.  Lagipun harganya tidak mahal dan amat berpatutan.

So kepada readers yang yang tengah mencari facial or skin care yang bersesuaian pergila ke The Face Shop atau lawati http://www.thefaceshop.net.my/ untuk servey produk yang bersuaian.

p/s : seronok dapat kawan baru (my new best friend).

No comments:

Post a Comment