Saturday, April 23, 2011

Mee Rebus Oh Mee Rebus

Hi all..

Kali nie anne nak buat entry pasal Mee Rebus.  Balik keje semalam rupanya hubby anne masih kat rumah dan belum pegi kerja. Boleh lagi nyorok belakang pintu rumah nak terkejutkan anne.  

Jadi, oleh kerana dah lewat tak pergi kerja nampaknya hasil pujukkan anne.  Wahhh...berkuasa juga yer pujukan seorang isteri.  Oleh kerana tak pergi kerja hubby anne ajak keluar makan mee rebus kesukaannya di Puchong Perdana.  So lepas solat maghrib kami pun siap2 la nak pegi sana.

Sampai sana anne pesan bee hoon sup dan hubby anne surelah mee rebus yang semua lebih...bak kata hubby anne kuih lebih, kuah lebih, mee lebih dan telur rebus sebiji.  Actually anne tak minat sangat makan mee rebus.  Anne lebih suka bee hoon sup, tomyam atau bandung, kuey tiaw kungfu pun anne suka.  Oleh kerana teringatkan blog nie anne pun ambil pic mee rebus dan bee hoon sup untuk share with u all.  


 Mee Rebus


 Bee hoon Sup

hmmmm....yummykan....habis kuah bee hoon sup tu anne hirup, sedap plak rasanya.  Hubby anne pun cakap bee hoon sup nie sedap. Selalunya kalau ke gerai nie anne akan pesan kuey tiaw goreng tapi kali nie tukar selera la pulak. Bee Hoon Sup and not bad sedap.  Cubalah...mana tau kene selera.

2 comments:

  1. puchong perdananya besar... nanti tunjukla kat ne?!!!!! leh belanja ita sekali...hehehhehehehe...
    :D

    ReplyDelete
  2. hmmm...nanti sy bagi peta sekali yer...yummy tau...

    ReplyDelete