Monday, February 27, 2012

Changing Skin Care from ~The Body Shop to The Face Shop

Hi readers...

Today anne nak share produk facial or skin care yang anne gunakan dulu dan terkini...sebelum berkahwin anne guna produks facial or skin dari THE BODY SHOP iaitu dari rangkaian MOISTURE WHITE SHISO based on JAPANESE formula.


MOISTURE WHITE SHISO by BODY SHOP

Anne gunakan, semua barangan dari Facial Foam, Toner Essennce II, Moisturizer, Serum dan Night Cream.  Harganya pada anne agak mahal.  So anne dah dua tahun mengunakan produk nie, ntah macam mana lately anne hadapi skin problem yang menjadi berminyak dan kering dalam masa yang sama. Berminyak di zon 'T' dan kering di bahagian tulang pipi.  So anne bercadang untuk tukar produk facial or skin care yang anne gunakan.  Kalu dulu anne guna JAPANESE FORMULA tapi sekarang anne nak bertukar kepada KOREAN FORMULA....hehehehe....

Mentang-mentang gila korean movie, drama dan muzik K-POP kan...jom berkenalan dengan new best friend anne...

1. Facial Cleansing CREAM (200ml)

BLACK BAMBOO CLEANSING CREAM

Actually cream nie anne dapat as free gift kerana beli melebihi RM 150.  Beautician face shop recommend anne untuk mengunakan cleasing cream nie sebelum cleansing foam.  Kata beliau untuk balance kan kulit anne yang berminyak dan kering...(suka dpt as free gift 200mlm lak tu...berbaloi-baloi)



2. CLEANSING FORM (140ml)

ARSAINTE ECO-TRERAPY CLENSING FOAM

So selepas facial cleansing teruskan dengan facial foarm untuk cleans face.  Lepas anne gunakan facial foam nie memamg terasa segar dan bersih je wajah.


3. FACIAL TONER (130ml)
PORE MINIMIZER CONTROLING TONER WITH POWDER

Beautician Face Shop syorkan anne menggunakan toner pore minimizer nie sebab kulit anne yang kering di sekitar tulang pipi dan untuk balance zon 't' yang berminyak.  Experince lepas guna toner nie, anne rasa memang best sangat2 rasa fresh sangat compare dengan produk sebelum nie.


4. MOISTURIZER (125ml)
ARSAINTE ECO-THERAPY EXTREME MOISTURE

Selepas toner dan semestinya masa untuk mosturizer, beautician Face Shop, syorkan anne gunakan cycle yang sama untuk malam.  anne tidak perlukan sebarang cream malam or night cream so ia adalah 1 penjimatan....yeay!!!



4. FACIAL MIST - JEJU FLOWER (REFRESH SKIN FACIAL) (70ml)
PURE WATER FACIAL MIST ~ JEJU FLOWER

Untuk kesegaran berpanjangan Pure Water Facial Mist adalah jawapannya, boleh digunakan bila-bila dan di mana-mana sahaja.  Memang rasa refresh sangat.


5. BASE MAKE-UP ~ BB CREAM (40ml)
FACE IT OIL CUT DUAL BB EMULSION

Untuk base make-up anne gunakan BB Cream dari Face Sho juga.  BB cream nie bersekali dengan concealer dan cermin kecil.  Produk yang sangat bagus kerana selalunya kite perlukan wet tisu yang banyak untuk bersihkan make-up tetpi bila anne gunakan bb cream nie, cukup dengan cleansing cream dan cleansing foam dan mencukupi dan bersih dan terbukti sebab anne cuba sendiri selepas membersihkan muka anne gunakan tisu untuk lihat masihkan ada kesan make-up.  Hasilnya memang confirm tiada kesan make-up pada tisu....

Anne amat puas hati sangat dengan produk facial @ skin care dari THE FACE SHOP nie.  Lagipun harganya tidak mahal dan amat berpatutan.

So kepada readers yang yang tengah mencari facial or skin care yang bersesuaian pergila ke The Face Shop atau lawati http://www.thefaceshop.net.my/ untuk servey produk yang bersuaian.

p/s : seronok dapat kawan baru (my new best friend).

Monday, February 20, 2012

4 Flat....????.....Surprise + Happy....

Hi Peeps....

I'm super dupper happy....why???...my baby sister just got exam result and guest what...? she's got 4 flat or should I say 4.00 pointer for this semester plus for the last two semester she's got 3.89 and 3.95 so she's going to get a Dean's List Award becouse of maintaining 3.5 above pointer straight 3 sems.  

I've receive this news for her on the evening on my way to attent hubby's friend wedding....ohhh...wow...i knew it she's the one with brilliant brain, excillent mind....I'm proud of u my baby sister....we're going for a vacation on November...InsyaAllah Beijing then to Hong Kong Disneyland as you wish....



p/s : of coz mom and dad happiest people on earth.

Thursday, February 2, 2012

Setitis Airmata Ibu.....

gambar hiasan (credit google)

"setitis airmata ibu, mungkin boleh menjadi air dingin yang memadamkan api Neraka terhadapmu, setitis air mata itu juga mungkin boleh menjadikan minyak yang menyalakan murka Allah yang sarat dengan azab derita itu...BERHATI-HATI!!!!

gambar hiasan (credit google)

Kata-kata diatas anne pinjam dari SaifulIslam.com...(credit untuk ustaz Hasrizal).  Manusia seringkali lupa tentang panahan air mata ibu. Entry kali kali nie anne nak ingatkan diri anne dan readers sekalian.  Mari kite renungkan bersama... 

Abi Bakrah radhiallahu 'anh berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:

“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”

Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”

Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.

Derhaka kepada ibu adalah lebih berat dosanya, berdasarkan sebuah hadis lain dimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengkhususkan larangan berbuat derhaka kepada seorang ibu:

Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu, meminta sesuatu yang bukan haknya dan menanam bayi perempuan hidup-hidup. Dan (Allah) membenci kalian menyebarkan gosip, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.


Yang dimaksudkan dengan derhaka adalah apa sahaja perbuatan yang bertentang dengan berbuat baik dan ihsan. Antaranya, meninggikan suara, menggunakan perkataan yang kasar, sinis dan menyinggung perasaan, tidak memenuhi permintaan mereka (selagi mana ia bukan sesuatu yang bertentangan secara jelas dengan syari‘at Islam) dan membiarkan mereka dalam keadaan memerlukan bantuan, sama ada dalam bentuk rohani atau jasmani. Seorang ibu yang menangis dan seorang ayah yang termenung dalam konteks berinteraksi dengan anak lazimnya adalah isyarat bahawa mereka telah diderhakai.

‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma pernah menerangkan bahawa dosa-dosa terbesar ada sembilan, iaitu:

Mempersekutukan Allah, membunuh orang lain (tanpa hak), melarikan diri daripada pertempuran, memfitnah seorang wanita (dengan tuduhan zina), memakan riba’, memakan harta anak yatim, berbuat maksiat dalam masjid, menghina ibubapa dan (menyebabkan) ibubapa menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua).

Ibu dikhususkan daripada ayah kerana lazimnya kita sebagai anak-anak lebih berani bertindak derhaka kepada ibu berbanding ayah. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian kita tidak menghormatinya, lantas berani bersikap derhaka kepadanya. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberi amaran khusus kepada kita berkenaan ibu kita, bahawa janganlah menderhakainya.
gambar : hiasan (credit google)

p/s : sedih melihat anak-anak zaman sekarang sanggup membuang ibu dan ayah...nak kiamat agaknya.

Wednesday, November 30, 2011

New Gisaeng Story DVD in The House....Yeay!!!!

Hi All...

Lama tak update blog.  Kali nie anne nak tulis tentang DVD cite drama korea yang anne dok follow kat 1HD Astro.  Yeayyy!!!!....anne dh dapat beli dvd cite tu.  Sungguh happy tak terkata bila dapat beli.  Thanks tu adik anne yang bongsu coz dia yang bagi info pasal tempat dvd tu dijual....perghhhh best giler...bila dapat dvd tu puas la play semua episod yang anne suka "NEW GISAENG STORY"...suka...suka...suka.

Cumanya anne nie amat payah nak pisah dengan harta benda kesayangan anne.  Ada jugak kengkawan yang nak pinjam...haiyakkk...sorry ye..anne tak leh nak bagi pinjam...nak kate anne kedekut pun anne tak kisah.  Anne memamg macam nie sejak azali....hahaha...even ummi dan abbi anne pun tau perangai anaknya nie yang memamg susah nak percaya orang.  Daripada bagi pinjam tak ikhlas buat apa pinjamkan kan....so simpan la sampai lebam dan tengoklah sampai muntah.  Walaupun anne macam nie ummi dan abbi anne selalu cakap kat adik2 anne, "tengok along walaupun lah along tu susah nak bagi pinjam, barang2 along tak pernah hilang"...yup memamg betul itu lah anne.  Anne sangat particullar in everything yang anne miliki.

So bila dpat dvd nie memang puas hati giler....sorry guys...if nak beli sendiri ye...nak tau beli kat mana just pm me....hehehe...



p/s : weeehooooo.....i'm happy (^_~)

Wednesday, November 2, 2011

Redha Allah Terletak Pada Redha Ayah dan Ibu

Ayah Dan Ibu


Ayah dan ibu

Itulah permulaan kami

Dapatlah melihat bulan dan

Matahari

Ahai...



Yang dikurniakan dari Ilahi

Ahai...

Ayah dan ibu lah

Mesti dihormati



Ayah dan ibu

Wali dan juga keramat

Pada mereka kita beri hormat

Ahai...

Bagilah tunjuk ajar dan

Nasihat

Supaya hidup

Supaya hidup kita akan selamat



Lagu ini apabila acapkali anne dengar dicorong radio atau pada pemain mp3 anne, pasti membuai hati dan membuatkan anne merasakan siapalah anne tanpa ayah dan ibu....Anne percaya pada kata2 "Redha Allah Terletak Pada Redha Ayah dan Ibu".  Bagi anne tatkala mereka sudah tua, sebelum di jemput olehNYA berbaktilah, sayangilah, jagalah hati mereka..berbuat baik dan utamakanlah mereka.  Mereka umpama aset yang berharga kerana entah esok atau lusa hilang dari pandangan...masa itu kosong jiwa tiada pengubat, tiada hilai tawa, tiada gurau senda, tiada lagi masakan enak, tiada air tangan bonda dan ayahanda. 

Sorry u all, lately nie anne agak sayu skit.  Hidup manusia ada pasang surutnya..sedih dan terkilan...Allah turunkan dugaan namun si anak masih lagi tidak mahu meMUHASABAH diri...musibah yang melanda ada sebabnya...sesuatu yang berlaku itu ada sebabnya...tanyalah diri "ada salah apa yang telah ku lakukan?" "pada siapa agaknya, ibu ayahku kah?" mungkin ada sesuatu tanpa sedar mengguris hati mereka...siapa tahu...hati kecil itu milik ibu atau ayah...MUHASABAH lah....

Benar seperti yang pernah didendangkan oleh lagu di atas, “ayah dan ibu wali-wali keramat.”Ibu-bapa memang “wali keramat” kerana meminggirkan mereka (apatah lagi kalau sampai ke tahap menderhakai mereka) akan menyebabkan hidup kita terhijab (terhalang). Bukan sahaja kita orang awam ini, bahkan orang-orang Soleh sekalipun jika tersalah laku dengan ibu-bapa akan menerima padahnya.

Sudah dianggap derhaka dengan mendecit perkataan “ah” kepada kedua ibu-bapa. Sudah dianggap melupakan mereka jika kita tidak mendoakan mereka selepas setiap kali mengerjakan solat. Sudah mengecilkan hati mereka jika sudah lama kita tidak menelefon ataupun menziarahi mereka di kampung… Oh, terlalu banyak kesalahan kita terhadap mereka. Dan apakah ini telah menyebabkan tertutupnya pintu kerahmatan dan keberkatan?

Rezeki banyak, tetapi tidak puas. Umur panjang, tetapi dipenuhi dosa. Masa lapang, tetapi hilang manfaat. Kesibukan yang memanjang, keresahan yang tidak berpenghujung mungkin sedang berlaku dalam hidup kita. Anak-anak degil. Isteri atau suami semakin degil dan tidak serasi… Apakah ini semua kerana dosa kita terhadap orang tua? Apakah Allah sedang murkakan kita?


p/s : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”


(Riwayat al-Hakim)