Wednesday, November 2, 2011

Redha Allah Terletak Pada Redha Ayah dan Ibu

Ayah Dan Ibu


Ayah dan ibu

Itulah permulaan kami

Dapatlah melihat bulan dan

Matahari

Ahai...



Yang dikurniakan dari Ilahi

Ahai...

Ayah dan ibu lah

Mesti dihormati



Ayah dan ibu

Wali dan juga keramat

Pada mereka kita beri hormat

Ahai...

Bagilah tunjuk ajar dan

Nasihat

Supaya hidup

Supaya hidup kita akan selamat



Lagu ini apabila acapkali anne dengar dicorong radio atau pada pemain mp3 anne, pasti membuai hati dan membuatkan anne merasakan siapalah anne tanpa ayah dan ibu....Anne percaya pada kata2 "Redha Allah Terletak Pada Redha Ayah dan Ibu".  Bagi anne tatkala mereka sudah tua, sebelum di jemput olehNYA berbaktilah, sayangilah, jagalah hati mereka..berbuat baik dan utamakanlah mereka.  Mereka umpama aset yang berharga kerana entah esok atau lusa hilang dari pandangan...masa itu kosong jiwa tiada pengubat, tiada hilai tawa, tiada gurau senda, tiada lagi masakan enak, tiada air tangan bonda dan ayahanda. 

Sorry u all, lately nie anne agak sayu skit.  Hidup manusia ada pasang surutnya..sedih dan terkilan...Allah turunkan dugaan namun si anak masih lagi tidak mahu meMUHASABAH diri...musibah yang melanda ada sebabnya...sesuatu yang berlaku itu ada sebabnya...tanyalah diri "ada salah apa yang telah ku lakukan?" "pada siapa agaknya, ibu ayahku kah?" mungkin ada sesuatu tanpa sedar mengguris hati mereka...siapa tahu...hati kecil itu milik ibu atau ayah...MUHASABAH lah....

Benar seperti yang pernah didendangkan oleh lagu di atas, “ayah dan ibu wali-wali keramat.”Ibu-bapa memang “wali keramat” kerana meminggirkan mereka (apatah lagi kalau sampai ke tahap menderhakai mereka) akan menyebabkan hidup kita terhijab (terhalang). Bukan sahaja kita orang awam ini, bahkan orang-orang Soleh sekalipun jika tersalah laku dengan ibu-bapa akan menerima padahnya.

Sudah dianggap derhaka dengan mendecit perkataan “ah” kepada kedua ibu-bapa. Sudah dianggap melupakan mereka jika kita tidak mendoakan mereka selepas setiap kali mengerjakan solat. Sudah mengecilkan hati mereka jika sudah lama kita tidak menelefon ataupun menziarahi mereka di kampung… Oh, terlalu banyak kesalahan kita terhadap mereka. Dan apakah ini telah menyebabkan tertutupnya pintu kerahmatan dan keberkatan?

Rezeki banyak, tetapi tidak puas. Umur panjang, tetapi dipenuhi dosa. Masa lapang, tetapi hilang manfaat. Kesibukan yang memanjang, keresahan yang tidak berpenghujung mungkin sedang berlaku dalam hidup kita. Anak-anak degil. Isteri atau suami semakin degil dan tidak serasi… Apakah ini semua kerana dosa kita terhadap orang tua? Apakah Allah sedang murkakan kita?


p/s : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”


(Riwayat al-Hakim)

Wordless Wednesday

Satu Impian...Moga Allah Makbulkan....AMIN...

Tuesday, November 1, 2011

DOA Penenang Hati.....

Assalamualikum...

Hari nie anne nak share sesuatu tatkala hati nie tidak tenang, resah dan gelisah.





Ya Allah,

"aku mohon padaMU, ampunkan dosaku, ibu bapaku, adik beradikku, seluruh ahli keluargaku, lindungilah keluargaku dari panahan hasad dengki manusia...
Jauhi kami sekeluarga dari penyakit hati...
tetapkan hati kami, kuatkan iman kami...tenangkan hati kami...
bantulah kami mengharungi dugaan yang hebat ini...AMIN

p/s : moga Allah permudahkan segalanya. 

Monday, October 31, 2011

MasterChef Malaysia ~ "semua orang boleh masak tapi tak semua orang boleh jadi chef " - ujar hubbyku




Hi All,

Kali ni anne nak tulis entry tentang MasterChef Malaysia yang sedang hangat di tayang di Astro Ria & Star World.  Semangat nak menonton rancangan realiti versi Malaysia...first impression not bad la kan...tak kan nak banding produk tempatan dengan international apa pun pada anne konsepnya masih sama dan boleh dibanggakan...lapipun Malaysia nie masih terikat dengan adab dan sopan, aspek keTIMURan tu masih kuat jika nak di banding dengan aspek keBARATan...

Anne terbaca komen2 di blog2 gossip dan komen2 yang mengatakan bosan dan tak ceria...hehehe...komen anne?...anne tak mahu komen banyak sebab anne nak tanya hubby anne dulu..hubby anne lebih berpengalaman dalam dunia culinary nie coz hubby anne x chef di Hilton Sentral sebelum kami berkahwin...meh anne share skit perbualan anne that day dengan hubby.

Anne : B, syg tgk MasterChef Malaysia mlm td...
Hubby: Best ke?
Anne : not bad la...org lain dok komen juri
       dia mcm baca skrip je,syg tgk ok je
Hubby: Ye le, dorang tu semua chef yg bertauliah
       bkn chef selebriti yg buat rancangan masakan..
       mmg la dialognya kaku..
Anne : (dlm hati mengiyakan kata2 hubby).
       B, rasa best tak MasterChef Malaysia nie?
Hubby: abg rasa juri dia baik sgt...kata2 dia masih
       lg berlapik..patut kene la ikut exactly
       mcm MasterChef US atau Austarlia tu...
       jd mcm Chef Ramsey tu...baru real...
Anne : Iskh...garangnya...
Hubby: Syg ingat nak masak kt dapur hotel jd chef
       kene slow and steady ke, maut jawabnya...
       soheh kene maki hamun tau...nak jd chef,
       kepantasan, kenal rasa,
       kenal spices tak semudah A,B, C....yang oiiii..
Anne : Uiks...B, dulu kt Hilton, Shangri-La,
       Sheraton mcm tu ke?
Hubby: ye, le...lg plak keje dgn chef luar negara....
       sbb tu abg ckp "SEMUA ORANG BOLEH MASAK
      TAPI TAK SEMUA ORANG BOLEH JADI CHEF"
Anne : senyap...(mengiyakan kata2 hubby skali lagi)

Sebenarnya anne akui, selepas anne kawin dengan hubby, anne banyak belajar teknik masak yang betul dengan hubby anne...teknik menggoreng, supaya apa yg digoreng tu cantik, tak berminyak dan masak betul...even anne admire hubby bila kat dapur dlm x sampai 15 minit dia boleh siapkan makanan untuk anne...wahh puji hubby sendiri nampaknya, ye la kan abis nak puji siapa lagi...

So anne rasa yang kat luar dan tgk rancangan MasterChef Malaysia nie tok sah dok nak komen je...u all tak tahu macam mana dunia culinary tu...profesion sebagai chef adalah satu profesion yang sangat dihormati dan tak mudah untuk memiliki "title ~ chef"...dpt jd chef at home pun anne rasa dh kira baguskan...

p/s : matlamat jadi chef at home je....ngeeee....(^_~)

Friday, October 28, 2011

Minggu Sibuk..Busy...haaaiiihhh!!!!!

Hi all....

Lama rasayanya anne tak menulis...minggu2 amat sibuk untuk anne....tak menang tangan dekat pejabat.  Macam2 report kene anne selesaikan dengan segera.  Kemuadian kerja kat rumah jugak...masalah datang pulak...anne jadi counselor tak bergaji.  Walau apapun kalu itu sahaja yang anne termampu untuk nak tolong apa salahnyakan...modalnya air liur dan pengalaman kawan2 disekeliling kita. Minggu awal oktober dulu anne tak sihat sangat kemudian masuk opis semula selepas bercuti sakit anne sibuk dengan laporan, setiap hari kene stay back kat opis...perghhh....

p/s : pic credit to google search...